PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam ukhwah untuk semua.."selamat datang" dan "terima kasih" kerana sudi melayari laman ini. laman ini merupakan cabang daripada laman ilmiah saya iaitu PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA . Dalam laman ini saya diberi tugasan untuk menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk berdasarkan "Standard Pemikiran Paul". Bagi memudahkan pemahaman semua, di sini saya telah membina jadual-jadual tentang analisis yang telah dibuat dalam menilai isi kandungan laman-laman tersebut. Sebagai manusia, saya juga tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Seandainya terdapat sebarang kesalahan dalam menilai harap dimaafkan, terutamanya kepada pemilik-pemilik laman berkenaan. Sebarang teguran dan pandangan boleh terus diutarakan di laman ini. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.

RUMUSAN ANALISIS

Posted: Monday, November 24, 2008


RAJAH 1


Rajah diatas merupakan keputusan peratusan bagi 50 laman web yang dianalisis mengikut 10 kriteria Standard Pemikiran sepertimana yang telah dinyatakan. Berdasarkan rajah dapat dilihat tidak semua laman web adalah menepati kriteria standard pemikiran yang telah dinyatakan. Secara keseluruhannya, kesemua 50 web ini menepati kriteria bagi logik dan releven. Sebaliknya kriteria lain seperti kejelasan, ketepatan,terperinci dan mendalam tidak semua web yang menepati syaratnya. Berikut akan dinyatakan secara terperinci penjelasan kriteria mengikut peratusan berdasarkan rajah 1


1) KEJELASAN

  • Kejelasan yang dimaksudkan adalah sejauh mana maklumat tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas serta contoh-contoh yang dapat menerangkan maklumat tersebut.
  • sebanyak 38 laman web menepati ciri ini bersamaan 76%.
  • Kebanyakkan maklumat yang dinyatakan adalah jelas, mudah difahami, tidak menimbulkan persoalan yang berbangkit serta dinyatakan bersama contoh-contoh yang berkaitan.

2). KETEPATAN

  • Ketepatan yang dimaksudkan adalah maklumat yang dinyatakan bebas daripada ralat atau keraguan dalam maklumat serta terdapatnya sumber yang menyokong sesuatu maklumat tersebut.
  • Hanya 2 laman yang tidak menepati syarat ini, 48 laman adalah menepati syarat dengan kadar sebanyak 96% .
  • Laman yang tidak menepati syarat ini adalah dilihat tidak menyatakan sumber atau dalil-dalil atau pendapat yang boleh menyokong maklumat yang disampaikan.

3). TERPERINCI

  • Terperinci yang dimaksudkan adalah sejauhmana maklumat disampaikan dengan huraian yang lanjut bagi setiap topik atau isi yang dinyatakan.
  • Setelah dianalisis di dapati hanya 22 laman sahaja yang menepati ciri ini mewakili sebanyak 44%.
  • Kebanyakkan maklumat yang dinyatakan tidak dijelaskan dengan huraian yang terperinci dan terdapat juga maklumat yang terlalu ringkas.

4). LOGIK

  • Logik yang dimaksudkan adalah merujuk kepada sejauhmana maklumat yang disampaikan adalah munasabah serta boleh diterima berdasarkan bukti yang nyata.
  • Setelah dianalisis di dapati kesemua 50 laman/100% web menepati ciri ini.


5). RELEVAN

  • Relevan yang dimaksudkan adalah sejauh mana maklumat yang disampaikan mempunyai perkaitan dengan isu yang dipaparkan.
  • Setelah dianalisis didapati kesemua web menepati ciri tersebut dengan kadar 100%

6). MENDALAM

  • Mendalam yang dimaksudkan adalah maklumat disampaikan dengan mendalam dari segi huraiannya atau sejauh mana kita telah mengambil kira semua maklumat yang berkaitan dengan isu yang dinyatakan.
  • Setelah dianalisis dapat dilihat kebanyakkan laman web kurang dari segi ini iaitu hanya 13 laman yang menepati ciri ini.
  • Kebanyakan web tidak menyatakan isi atau maklumat dengan mendalam sebaliknya huraian masih kabur yang memerlukan penerangan yang lebih mendalam. Terdapat Sesetengah maklumat yang terlalu ringkas.

7). LUAS

  • Luas yang dimaksudkan adalah sejauh mana isu yang dinyatakan mengambil kira dari pelbagai sudut pandangan atau aspek atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

  • Setelah dianalisis di dapati hanya 28% web sahaja yang menepati ciri ini iaitu hanya 14 laman.
  • Kebanyakkan laman web tidak menyatakan maklumat dengan meluas dan hanya mengambil kira sesebahagian isu atau topik sahaja

8). SIGNIFIKAN

  • Signifikan yang dimaksudkan adalah kepentingan dalam sesuatu maklumat samada penulis mempunyai tujuan dalam penulisan ataupun tidak. Ia juga membawa maksud samada web ini penting atau tidak digunakan dalam proses Pembelajaran & Pengajaran.
  • Setelah dianalis di dapati 49 laman web menepati ciri ini denagn kadar 98%.
  • Kebanyakkan laman web adalah menepati syarat ini dan hanya 1 laman sahaja didapati tidak menepati adalah kerana maklumat yang dinyatakan tidak berkepentingan serta tidak membantu dalam proses P&P.

9). ADIL

  • kriteria adil merujuk kepada sejauh mana maklumat yang disampaikan bebas daripada kepentingan peribadi atau bias kepada sudut pandangan yang tertentu.
  • Setelah dianalisis di dapati 49 laman web menepati ciri ini mewakili 98%.
  • Kebanyakkan laman web adalah menepati syarat ini dan hanya 1 laman sahaja didapati tidak menepati adalah kerana maklumat yang dinyatakan hanya bertujuan untuk menerangkan tentang syarikat mereka sahaja,tidak meluas kepada keseluruhan.

10). HIKMAH

  • Hikmah yang dimaksudkan adalah penulisan yang mempunyai dalil samada ayat al-Quran ataupun hadith sebagai sokongan dan pengukuhan maklumat yang disampaikan.
  • Setelah dianalisis di dapati sebanyak 39 laman web menepati ciri ini mewakili 78%.
  • Laman web yang tidak menepati ciri adalah kerana tidak terdapatnya sokongan dalil yang menyokong maklumat tersebut.

0 comments: